Tuan Tanah

My Photo
Seorang gadis.Salah seorang pelajar di UIA,Kuantan, berjurusan pergigian yang cepat penat dengan clinical training di Klinik.huuu (Could be reach tru rehe_97@yahoo.com)

Update

Gadis rupawan sedang busy berpraktikal di Klinik Gigi,UIA dengan gigih

Tuesday, December 20, 2011

I've been proposed & I'm engaged



Korang da tengok video ni tak? Sejak budak tu posted on 18 Dec lepas, sampai lah hari ni da 150 000 + views. Gila lah! Mesti blog dia pun da ramai gile followers, and of cause (my main concern,haha) duit nuffnang dia banyak gile! 0_o.

Bila da berleluasa video budak nih, sudah semestinya sungguh banyak respons yg diterima, and what do you expect from our fellow malaysians kan, selain komen membina, haruslah kritikan pedas menjadi menu wajib. Typical malaysians kan? (esp malay lah)

Jom kita ikuti komen2 dari orang glamer dikalangan rakyat jelata:

"Tersebarnya video proposal pertunangan itu, harus sama-sama kita tarik balik dan hentikan penyebarannya. Ia bertentangan dengan saranan Islam agar pertunangan kekal low profile, sama ada disembunyikan atau sekurang-kurangnya tidak dihebahkan. Pertunangan juga adalah 'kebaikan' yang amat terdedah kepada hasad kedengkian manusia. Semoga Allah melindungi pasangan romantis itu daripada kejahatan diri dan makhluq sekitar."
Ustaz Hasrizal Jamil,
Motivator yang best.

"Ada orang tak tahu perasaan kena reject macam mana. Saya tahu. Ada orang tak tahu perasaan diterima semula selepas kena reject macam mana. Saya tahu. Sebab itu, saya support je video yang sweet tu. Sebab saya faham. Bila perempuan yang kita cintai reject kita, 'geng-geng manusia biasa macam saya' ni mesti terluka punya walaupun usaha untuk redha. So bila diterima semula, kita yang dah pernah kena reject ni mestilah usaha sungguh-sungguh buat yang terbaik kepada perempuan itu. Dah pernah kena reject la katakan, kita mesti fikir ada something wrong pada kita yang buat sampai perempuan tu reject kita. So kita akan usaha jadi se'sweet' mungkin, agar perempuan tu ada impression yang baik pada kita, agar dia tidak takut dengan kita, agar dia tak rasa menyesal terima kita. Dan bila perempuan tu post video 'keterharuan' dia, pada saya itu respon spontan seorang yang sangat-sangat terharu, yang mungkin baru tersedar yang dia rupanya tak pernah buka peluang untuk kenal dengan lelaki yang cuba lamar dia, yang mungkin baru terperasan yang dia sebenarnya dikurniakan seseorang yang amat manis. Janganlah kita bising-bisingkan fasal "Rahsiakanlah pertunangan" kepada mereka ini. Sedangkan, merahsiakan pertunangan itu tidak pernah qat'ie. Janganlah kita gempak-gempakkan dengan "kalau putus nanti macam mana?", sepatutnya kita encourage agar mereka cepat&selamat berkahwin. Sekurang-kurangnya, lelaki dan perempuan tu telah menunjukkan satu contoh yang baik, bukan bercouple. Tunjuk contoh macam mana 'melamar' dengan baiik, dengan jalan yang baik, dengan prinsip yang baik."
Hilal Asraf,
Pemilik Langit Ilahi, Penulis Novel Islamik
"sy sndiri berpendapat mmg xdinafikan the video ada msg tersendiri, namun lain org lain pndapatnya. ada pro and cons namun baik lah kita melihat pndapat dari sisi org lain, para alim para ustaz agar dapat dijadikan panduan dlm kehidupan seharian tak kira apa perkara pun. yup msg gadis tersebut sy faham, cuma dimbimbangi org lain yg kurg ilmu agama, akn buat vid alala sweet camtu. mungkin semakin banyk. kita xtaw, slps kita lihat vid tu mngkin akan tmbul di hati nanti nak at cni jugak lah. namun sy hormati pndgn anda. :) lebih baik berhati2. namun sy percaya niat gadis ni murni dan baik sekali."
Dr. Cinta Punya Belog,
Pakar cinta, hehe

Komen dari Facebook page Ustaz Azhar Idrus & Imam Muda Asyraf tak dapat pula nak retrieve.Heh.. Mengikut kawan yang membaca, Facebook page tu menyambut baik video ni. Tapi ada juga kawan yang berkata-kata bahawa yang menulis post mengenai video ni bukanlah dari pemilik sebenar, tapi dari admin. So, status pendapat golongan glamer berdua ni idok lah hambe tahu,hehe.

Apa pula kata RaihanMahmood?haha

Bagi aku,itu adalah a very good effort made by Dena Bahrain untuk menjaga kesucian ikatan antara dia dan si Ariff tu. And for us, the best thing to do is just doa. Doa so that pertunangan itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Mungkin video ni ada kekurangannya, tapi its common lah kan, tiap sesuatu pasti ada lebih dan kurangnya. Yang kurang tu kita jadikan iktibar, yang lebih tu kita jadikan ikutan. Lagipun Dena tu buat bukan untuk tatapan umum pun pada mulanya, dia buat untuk rakan-rakan dan family sahaja. Tapi tetiba menimbulkan satu outbreak pula dinegara kita.

Tapi, bagaimanapun saya dapat lihat dengan jelas bahawa Dena tu punya niat suci dan murni dalam membikinkan video itu. Nampakkan? kan?

Ehh ehh bukan xelok ke hebahkan pasal pertunangan ni? Jeng jeng jeng.. hee

Ada dua pendapat sebenarnya mengenai benda ni.
  1. Mengharuskan penghebahan
  2. Mustahab(sunat) menyembunyikan
Daripada perbahasan antara dua pendapat ni, sorang lelaki best telah membuat satu kesimpulan. Katanya

" Kesimpulan bagi perbahasan ini(menurut pandangan saya, moga-moga Allah mengampuni diri ini andai melakukan kesilapan), bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya, bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) , manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus,maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhati-hati dan menjaga kemaslahatan bersama. "

What say you?

psst: Kalau saya yang kena lamar camtu, saya tak de yer nak bertunang dulu, saya nak kawen je terus dengan si Ariff tu.haha

psstlagik: Kalau ada orang bg galaxy note, saya pun nak kawen dengan dia.haha

4 comments:

Muhammad Farhan Aminudin said...

Pandangan saya secara keseluruhan..

Lebih cenderung kepada yang tidak menggalakkan penghebahan pertunangan memandangkan fitnahnya lebih besar daripada manfaatnya. Lagipun ianya bukan budaya Islam dan masyarakat setempat.

Namun jika ingin hebahkan pertunangan, cukuplah sekadar sbg makluman (full stop). eg: I'm engaged.

Islam dah menggariskan..

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Selagi semuanya ikut syariat pasti indah dan "suwiiiiit"...

Raihan Mahmood said...

Terima Kasih sebab bukan setakat singgah, tapi tinggal komen, bukan setakat komen biasa,tapi komen yang membawa kepada suatu pemikiran :)

Ya, saya juga setuju tu. cukup la dgn ckp, saya da bertunang. xperlu hebahkan sampai satu dunia tahu.

Saya rasa Dena pun nk ckp cmtu jg pd mulanya,nk bagitau kawan2, tp dia tak sedar, once dia uploaded the video on internet,secara tidak langsung 1 dunia bole tengok video tu.. :)

Hanih Borhan said...

Mula2 tengok video tu, rasa sweet betoi depa dua, tak pikiaq pulak pasai benda2 macam ni, ish3...

Doakan jelah yg t'baik untuk depa dua... Salah satu sebab untuk tak hebahkan p'tunangan tu sebab nak elakkan hasad dengki kan, so, pendapat saya, semua yg tengok video tu mestilah sucikan hati masing2, doa je yg t;baik untuk depa...

Kak Rehe tunggu 'Ariff' jugak ke? :p

Raihan Mahmood said...

yup.kita doakan utk diorg :)

haha...tnggu org pinang dgn mak ayah je.. ;p