Tuan Tanah

My Photo
Seorang gadis.Salah seorang pelajar di UIA,Kuantan, berjurusan pergigian yang cepat penat dengan clinical training di Klinik.huuu (Could be reach tru rehe_97@yahoo.com)

Update

Gadis rupawan sedang busy berpraktikal di Klinik Gigi,UIA dengan gigih

Sunday, January 15, 2012

Apa Awak Buat Bila Awak Down?


Hari isnin lalu, kesemua perasaan dulu yang pernah menjadi teman hidup kembali menghantui. Perasaan yang sama saya lalui pada April 2011 dulu. Tak de kenyakinan diri, tekanan, sedih, kecewa, takut, semua ada. Down sangat-sangat. Sedih la awak hey..:(

Dah xtau nak buat ape untuk kurangkan rasa itu, saya belek kertas prostho. Walaupun saya tak minat pun prostho, tapi subjek nilah yg selalu buat saya tersenyum. Baik dari segi patient, doctor mahupun exam. Saya tak minat prostho, tapi biasanya saya tak de masalah dengan prostho. Alhamdulillah. Tu semua ketentuan Allah kan. Apa yang kita tak suka kadangkala  membawa kebahagian buat kita, kan?

Sehingga sekarang saya da issue 13 gigi palsu. Dan 8 dari gigi palsu tu saya dapat komen yang baik tertulis diatas kertas prostho dari supervisor. Dapat full mark, A, good, excellent, nicely done n etc. Happy kan bila kita buat something,pastu dapat respon yang baik. Happy awak, happy sangat. 

Ada sorang sahabat cakap;

"Ko je orang yang aku jumpa, bila ganti gigi depan, tak nampak tu gigi palsu"

Alhamdulillah.

SO, bila je saya rasa down time saya kat klinik, saya selak kertas-kertas prostho tu, saya ingat kata-kata kawan saya tu. Buat ubat luka, penambah semangat. Juga buat peringatan buat diri. Seingat saya, saya tak pernah rasa amat puas hati dengan kesemua gigi palsu yang saya buat, tak rasa gigi tu cantik pun.

Tapi rezeki tu Allah milik Allah. Dia bagi rezeki tu pada semua makhluk dia, tak kira lah kufur atau beriman, berusaha keras atau tidak. Sunnatullahnya, rezeki itu buat mereka yang berusaha. Kalau kita berusaha, InsyaAllah kita dapat rezeki tu. Tapi kita juga kena ingat, Allah tak pernah pandang rezeki yang kita dapat tu. Apa yang dipandang usaha kita. Satu perkara yang tak ramai manusia hargai pun, tapi Allah sangat suka.

"Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki dari Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya kamu akan dikembalikan"                                                                                     
Al-'Ankabut, Ayat 17

One of the comments from Prof Bg
Comments from Dr Ammar
Jadi saya nak ingatkan diri saya sediri terutamanya, jangan pernah berhenti berusaha. Tak kiralah macam mane pun outcome yang kita dapat. Kerana hidup kita mencari redha Allah, bukan redha manusia.  Sentiasa lah bersyukur, kerana disaat kita bersyukur, hati kita akan tenang dan redha dengan ketentuan Allah. Barulah otak tak serabut memikirkan perkara yang tak perlu difikirkan.

"Dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari(nikmat Allah)"                                                       
Ibrahim, Ayat 34

Bila mana kita rasa sedih dan kecewa, ingatlah sangat banyak nikmat yang Allah bagi, yang harus disyukuri.  Terlalu banyak. Jika kita bersyukur untuk setiap sesuatu nikmat-nikmat itu, sememangnya  kesyukuran itu tidak akan pernah cukup.

Wallahualam.


Ps: Bila rasa tak best, sedih ke,down ke, carilah Allah. Ni benda yang pertama yang harus kita buat sebagai seorang Muslim. Ingat tau.

"Carilah pertolongan Allah dengan bersabar dan bersolat"
Al-Baqarah, Ayat 45


1 comments:

Anonymous said...

awak mmg seorang yang tabah