Tuan Tanah

My Photo
Seorang gadis.Salah seorang pelajar di UIA,Kuantan, berjurusan pergigian yang cepat penat dengan clinical training di Klinik.huuu (Could be reach tru rehe_97@yahoo.com)

Update

Gadis rupawan sedang busy berpraktikal di Klinik Gigi,UIA dengan gigih

Thursday, January 05, 2012

Doa antara Dua Sujud

Saje nak updet.hehe. Emm..moga 2012 ni lebih membahagiakan aku, selepas 2011 membuat satu titik pusingan yang hebat dalam hidup. Angan-angan 2012 sume tu da kena tunda. Apa nak buat kan ni semua takdir Allah. Ayuh redha dan teruskan usaha!

Oklah, nak kongsi pengertian doa yang hari-hari kita duk baca masa duduk antara dua sujud, tapi xpenah tau @ hafal maksud dia. Patotlah tunggang tebalik semayang,tapi maksiat tetap jugak tak tinggal. Sedih!

Jom kita sama-sama hafal. Best sangat doa ni.
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (Sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
 
(Pada saya, kita patot amek tahu pasal politik, tapi perlulah berpada-pada, kerana kita masih lagi penuntut. Nak-nak penuntut cam aku yang perlukan bantuan gomen. Tapi gomen jugak kena tahu, gomen tu adalah gomen, bukan 1 parti,so haruslah treat rakyat sama rata sebab rakyat adalah rakyat dibawah tanggungjawab gomen,bukannya parti pembangkang semata. Hish,jijik betullah bila becakap pasal politik nih.)
(Tak perlu sanjung sesapa yang cemerlang dalam pelajaran tapi membelakangkan agama sebab orang yang lagi bodoh dari haiwan adalah orang yg meninggalkan agama. Dunia semakin busuk!
"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi" (Al-Furqan:44).
Baca ayat Allah tuh.)



0 comments: